21 Jun 2012

Resepi Pavlova

Assalamualaikum..

Seperti yang digemburkan dekat BFF semua, cuti semester lepas adalah hari rajin aku untuk cuba buat something yg memang aku mengidam, tapi susah nk jumpa la. em. actually ada 3 benda yg teringin nak makan tapi tak kesampaian. sebab hometown aku penang, campus aku melaka. so, benda2 yg rare mcm tu kat KL berlambak lah. ni aku nak cari cerok mana dah teringin sangat?

Cuti2 semester ni bagus jugak kan nak mengasah bakat yg dah lama terpendam nih? hehe. terima kasih utk ahli keluarga yg menyokong. tapi si buah hati je yg xsokong. kalau aku sebagai lelaki, aku pun xsokong sangat. sebabbbbbbbbbb... haha. sebab basic lauk pauk pun habis2 sambal tumis. so, kalau kawen nanti agak2 hari2 ke aku nak jamu sang suami dgn kek, biscuit, etc? -.-' kadang2 aku ni selalu gak fikir. mengkalu time kawen nanti, masak lauk pauk yg basic tu pun xlepas, agak2 mak mentua ok tak? haha. dengan mak sendiri boleh la tolak ansur kan. da la si buah hati mulut boleh tahan gak. nasib badan la. hehe

berbalik pada 3 benda yg teringin nak makan tu, ialah macaroon, red velvet and pavlova. btw yg red velvet tu, aku da penah makan kat umah Syla my ex-housemate time menumpang buat part time dekat The Curve dulu. tapi agak2 la pi rumah orang, aku ni kulit nipis (=tak malu. hehe) nak pi mintak banyak2. orang bagi 2 pun dah cukup. (dalam hati tuhan ja yg tahu. huhu). so, aku pun buat la sendiri mcm entry sebelum ni. Macaroon malas arh nak buat. aku tengok kat youtube cara nak buat tu, mcm complicated sangat. (kalau complicated sikit, aku boleh tolerate lagi). @.@

Ni aku memang betul2 buat sambil refer resepi asal, so memang aku tulis (actually copy paste. haha) sebijik resepi yg aku refer tu. Sampai lunyai kertas. maklum la. anak dara zaman skrg masuk dapur. hehe. (tapi memang betul arh aku tabik anak dara zaman dulu, masak pun main campak2 ja. kalau aku ni, perlu betul2 punya sukatan. tapi alhamdulillah setengah lauk pauk tu, aku da reti campak2. hehe). 

Di sini resepinya :)

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.? 

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova. 

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat. 

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.


credit to

tapi kan, bagi aku la kan, yg whipping cream tu susah la nak buat. ntah la. haha. so, next time rasanya kalau nak buat, better beli yg dah siap kot. harga bahan whipping cream yg dah siap compared with cost bahan org macam aku ni buat, mcm yg siap lebih murah. haha. (mau tak nya. 2 kali buat sebab tak jadi. hehe). 

bagi aku, yg jenis kuat semangat tu, boleh la try. mencabar jugak la bagi aku nak buat pavlova ni. stressed je time buat tu. malas nak cerita. kang lagi stress. huhu 

taraaaa.... ni la pavlova yg aku buat. cantik n nampak sedap kan? memang sedapp... (kembang hidung. hehe)

buku resepi di sebalik pavlova. haha

pandangan bila dipotong. yummy... ;p

ok la. itu ja untuk kali ni. bubyeeee~

notakakikukuku: lain kali nak try rainbow cake pulak :)

15 Jun 2012

Resepi Kek Baldu Merah (Red Velvet)

Assalamualaikum..

Seperti yg dijanjikan, hari ni, dengan rasa rendah dirinya, nak kongsi resepi kek baldu merah (omputihnya panggil Red Velvet)

Untuk yg amateur tu, boleh sangat2 follow resepi aku nih. sebabnya aku pn baru sangat2 belajar buat kek ni. tapi da tahap expert tau. sebab seminggu buat 4 kali. hahahaha. sampaikan dah jemu 1 rumah. bukan setakat rumah, tapi jiran2 tetangga pun dah jemu. erk... hari pertama, sedap sampai tak cukup. hari ke2, buatkan utk org. hari ke3 buatkan untuk besday yatt, n hari ke4 lagi skali buat utk rumah. mau dak xjemu??///

Actually, Red Velvet ni aku blajar kat Youtube.

 

 credit to Joy of Baking for this tutorial video :)

See?? nampak senangkan? memang senang pun. bagi aku, kalau teringin sangat nak makin, better buat sendiri. Sebabnya: senang je pun.murahhh, lagipun bukan senang nak cari kek ni. yang paling penting, hang makan la banyak mana yg hang nak. (lepas tu boleh cakap kat bf arini i buat red velvet dgn harapan bf bgtau bakal mak mertua. hahaha..)

Ok la. tak mau cakap banyak (walaupun memang dah cakap banyak). terus i nak kongsi resepi cupcake yg memang awesome hasil tangan aku yg awesome nih. hehe

Ni aku nak senangkan hampa la. so tak la teraba2 resepi sampai lunyai kertas. mau tak lunyai. sekali nak masuk bahan, tengok kertas. satgi nak buat apa lepas ni, tengok kertas. (macam aku lah tu. hehe)

Btw, ni aku da ubah2 dah resepi. so pndai2 hangpa la nak ikut ke tak. tak paksa. cuma berkongsi.
(aku terpaksa ubah banyak sebabkan bahan terhad plus mixer rosak time tu.)


BAHAN-BAHAN:
aku pakai ini. ni 227gm. kira halal lah even short lg 23gm. hehe
  • 250 gm mentega tanpa garam (omputih panggil unsalted butter) 
  • 2 cawan gula kastor (tapi aku guna gula icing sebab aku tak pakai mixer.)
  • 3 cawan serbuk tepung penaik
  • 1 sudu teh garam (tak letak pun tak apa)
  • 3 sudu makan serbuk koko Vochelle. (tak tau la kalau pakai brand lain ok ke tak. rumah aku memang selalu pakai serbuk koko brand ni. tapi mahal sikit if tak silap. janji sedap. makan tak baik berkira.)
  • 5 biji telur
  • 1 sudu makan cuka makanan
  • 1 sudu makan soda bikarbonate
  • 3-4 sudu makan pewarna merah (tak kisah serbuk atau cecair)
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu makan cuka makanan
 BAHAN-BAHAN UNTUK TOPPING:

  • 250 gm cream cheese
  • 3 sudu makan gula icing (ubah ikut citarasa. tapi jangan manis sangat.)
  • 1 sudu teh esen vanilla
aku pakai nih. masuk semua terus. (plastik pembalut jgn lupa bukak. hahaha)

CARA-CARA:

  1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati. Kemudian tambah telur satu persatu dan kacau sehingga kembang. Ketepikan. (Adunan A)
  2. Ayak tepung penaik, serbuk koko dan garam. Ketepikan. (Adunan B)
  3. Sediakan campuran buttermilk. (cara-cara : 1 cawan susu segar dicampur dengan 1 sudu makan cuka makanan. Biarkan selama 10 minit. Kemudian campurkan perwarna merah). Ketepikan. (Adunan C)
  4. Ambil Adunan A. Kemudian masukkan Adunan B berselang seli dengan Adunan C sedikit demi sedikit sehingga habis. Kacau sehingga sebati. Ketepikan.
  5. Kemudian campurkan soda bicarbonate bersama 1 sudu teh cuka makanan. Cepat2 masukan campuran soda dan cuka ke dalam campuran A, B dan C tadi. Kacau hingga sebati.
  6. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam cawan kek. 
  7. Bakar di dalam oven dengan suhu yg tidak terlalu panas. biar selama 40-45 minit.
  8. Keluarkan dari oven kemudian sejukkan sebelum hias dengan topping.
  9. Untuk topping, kacau cream cheese dan gula isi. tambah esen vanilla. kemudian siap untuk dijadikan topping cupcake tadi.
  10. Korban kan 1 cupcake anda. hehe. sebab nak ambil serdak2 kek tu untuk ditabur di atas topping tadi.
  11. Tadaaaa~ siap terhidang. :)))

Cantik x? hehe.

Sekian.

Notakakikukuku: saja guna cupcake sebab kalau buat sebijik kek terus, takut kebarangkalian kek tu tak naik. hahahahaha

12 Jun 2012

Depressed. Stressed. etc.

Assalamualaikum...

Lately ni memang stress gila lah (smpai academic advisor aku cakap, dah stress, gila pulak. bukan main nak perli aku lagi.) haha. Tu tak masuk masalah dalaman lagi. Dah macam pelajar bermasalah dah aku ni tau. huhu.

Ikutkan hati, minggu lepas dah nak share resepi Pavlova, Choco Moist Cupcake, dan Red Velvetttt! :) Red Velvet kena over sikit sebab tu paling aku expert! Kembang hidung. sama macam time aku cerita kat kawan2 aku. Hahaha. 

Tapi sebabkan register subject pun tak selesai lagi, memang hilang lah mood aku nak bercerita. Plus bengang aku ingat semester break 3 minggu. tengok2 dua minggu.. Melampau u! dah la kau asyik pau duit aku, pastu cuti sikit2 je bagi. huhu. Ingat nak buat mcm selalu 1st week aku lajak cuti, tapi bila dia dah tukar procedure dari 50% attendance jadi 80%, HUHU... memang tak dak harapan la. padahal aku skip sama je. hehe.

Ok la. Malam ni kerja skolah pulak banyak. Nanti la aku update pasal resepi tu. 

btw, jangan terkejut sebab amateur macam aku pandai buat kek. Kikikiki.

Assalamualaikum.. Zassss~ ;p


6 May 2012

Exam Week.

Assalamualaikum.

Sekarang baru faham kenapa Fara and Azira jarang update. kehkeh. Dulu time tak ada blog kepochi suruh depa selalu update sebab I nak baca. Rasa macam nak update senang ja taip lelaju mcm sekarang pastu terus update. hah. Time tu dalam hati 'ni kalau aku ada blog aku hari-hari nak update'. dulu la.. Sekarang memang aku rasa malas gila. 

Kadang-kadang tu bila banyak nak tulis, then end up with nothing. Haha. Yela. Banyak sangat rasa macam nak upload semua gambaq dalam laptop. Ada sapa-sapa rasa macam ni? atau aku sorang ja yang macam ni? hehe

Ok. takmau intro panjang-panjang. Tapi, dah tertulis. -.-' ok la ok la. Sebenarnya nak update pasal kehidupan sekarang ni aja pun.

Btw, masa berlalu dengan begitu pantas. Baru start sem, tengok-tengok sekarang ni da exam week. (ok cepat-cepat ambik buku supaya rasa tak bersalah. tapi update blog, kau tak rasa bersalah? sila lempang. haha)

Kita nak cakap ni, kita demam tau minggu ni. huhu. Ini serius ok!!! Bukan apa bf selalu cakap 'u ni asal gaduh dengan I je demam.' haha. hello bf. ini lah taktik minta belas kasihan. haha. so lame. kahkah. 



Kalau ikutkan hati yang takut doktor ni, malas arh nak pi klinik. tapi kan tapi kan, kan I da cakap minggu exam. So, nanti kalau tak sihat macam mana nak study? ok. Dengan semangat exam, niat yang suci murni supaya result sem ni dapat menggembirakan hati mak bapak, gagahkan jugak jalan kaki pi klinik. Boleh tahan jauh la. (bagi aku yang pemalas nk jalan nih) haha.Tapi kan, sebab lain kan, sebab ulser kat anak tekak. huih. sakit habaq hang. Ni nak telan air liur pun dah perit macam makan kaca. (cuma mengagak. tak penah try lagi kaca.) haha.

Berbalik kepada paragraph 4, ye kawan-kawan masa berlalu memang begitu pantas. tak lama lagi dah dapat jumpa kesayangan 2 orang yang tengah legal attachment kat Ampang and Muar. yeay! kepada Azira and Farah disayangi, I rindu gila kat u olls. Akhirnya, berjaya jugak lalui sem ni as alone ranger. haha. 

Saya tinggalkan anda dengan gambar bajet cun. kehkeh. Bye.

 Eh2. Doakan saya A atau paling busuk B+ untuk semester ini. Exam akan bermula jumaat ini dan berakhir selasa minggu dpt. 2 papers aje. Sem pendek kot. (takut orang cakap eleh amik 2 papers je.) eh2. selidik dulu. huhu

20 Apr 2012

Sesungguhnya Aku hanyalah hambaMu yang Meminta-minta

Assalamualaikum..

Sesungguhnya berat untuk aku membuat keputusan. Masing-masing punya alasan sendiri.
Sekarang aku bagaikan tersepit di antara dua.

Ya Allah Ya Tuhanku. Kau berikan lah petunjuk pada hambaMu ini.
Sesungguhnya aku hanyalah hambaMu yang lemah. dan aku akur akan keputusanMu Ya Tuhanku. 

Sesungguhnya aku mencari keredhaanMu ya Allah.
 

 Amin.

 "Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
   [Surah Ath-Thalaq, 65: 3]

notakaki: mudah-mudahan Allah berikan pertunjuk. kawan cakap solat istiqarah bagus.

11 Apr 2012

Earthquake

Assalamualaikum..

Hari ni serius baru aku tahu yang aku ni macam katak bawah tempurung. =.=
Sebab heboh 1 dunia ckp earthquake tapi lebih kurang pukul 6.13pm (waktu Malaysia) baru aku tahu.
Ni kalau Melaka gempa bumi memang mati katak la aku kat sini.

Orang2 Penang semua bising rasa gegaran. tapi aku? ke sebab aku skrg bukan kt Penang (tanah tumpah darahku) so dats why aku tak rasa??

Persoalan yang bermain sekarang adakah aku ni abnormal? Sejak zaman bawah ketiak mak kat penang lagi, time Tsunami melanda Penang, aku lah orang yang tak rasa apa2. Normalkah aku??? *nanges. macam loser pn ada. kahkah.

Tadi lepas ja tahu kalut telefon mak. Mak aku lagi la teruk (mintak maaf mak. hehe) dia tak rasa apa. Mak Chaq aku pun sama. Sampaikan aku yang kena cakap kat mak "mak ni. orang sibuk cakap pasai gempa bumi, mak boleh ckp mak tak tau pun. Ni kalau tsunami sampai Butterworth, dgn mak2 skali dia angkut" sabaq je la mak nih.

Aku pun dgn pantasnya terus 'google' pasal earthquake. Ya Ampun.. Memang betul lah.
(tapi aku tak baca sangat sebab rasa bersalah esemen tak siap lagi. so macam tak patut la yg earthquake ni aku bukan main google tapi esemen terdampar kat page 6 lagi kan.)

hahaha. baru aku prasan yang aku update blog ni tak rasa bersalah pulak? LOL

Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. biar habiskan dulu 1 entry ni.

http://ptwc.weather.gov/


*baca la sendiri. rajin pulak aku nak cerita. kikiki


MALAYSIA???? kok nama pu jiran. -.-'
Ini nama2 negara yang sedikit sebanyak ter'effect' jugak. (ter'effect'? hahahaha)


tengok tu? GEORGETOWN.


Orang cakap maybe ada lagi dan amaran akan dikeluarkan malam ni.
(yang 5.4N 100.1E semua tu jgn ditanya dong. kok aku pelajar undang2 enggak tahu.) *time ni baru kau nak ngaku pelajar undang2 kan yan? alasan gila. kah kah

Walaupun family aku di Butterworth (daratan) bukan di Georgetown (pulau) aku tetap suruh mak aku beware and alert dgn amaran dari semasa ke semasa.

 

Marilah kita sama-sama mendoakan semuanya akan berada dalam selamat. Amin..

Apa pun teknologi canggih yang direka manusia, yang 1 ni memang tak dapat elak kan? kuasa Tuhan. Wallahualam.


4 Apr 2012

Wordless Wednesday




Is He [not best] who responds to the desperate one when he calls upon Him and removes evil and makes you inheritors of the earth? Is there a deity with Allah ? Little do you remember.
[27:62] 

p/s: make me strong ya Allah, I'm too weak.

14 Mar 2012

Boyfriend Saya

Rindunya maksu kat adik :(



Dah tak dak orang dah nak kacau maksu pagi2 mintak tolong bancuhkan susu.
 
Salam Sayang,
MakSu.
 
*macam lah dia baca benda alah ni. haha

21 Feb 2012

1st purchase . . . Baucar Buku.

Assalamualaikum..

Hari tu, time Chinese New Year, time aku study week yg semangat gila berazam tak mau kluaq (keluar) mana, konon ja la. Dah tau memang aku ni hangat2 tahi ayam (haha.. cisss.. ) aku gagahkan diri jugak pi shopping complex.

Time tu memang aku & sepupu aku, Salimi boring la sangat2. and time tu masing2 frust menonggeng, kami pn decide nak pi Sunway Carnivall. 

Disebabkan aku and Salimi memang la tak dak lesen, memang pi balik orang jemput la kan. hehe.
Ni memang niat nk tengok wayang. Pastu nak guna baucar buku tu RM50 dulu.

Time dah sampai, terus la kat kaunter tiket. Sebab kedai tau ja la raya2 cina ni. Sapa nak bukak. Nasib la Coolblog pebret bukak tau. hehe.

Beratur, MasyaALLAH, panjang gila. lepas tu aku and sepupu aku memang bengang la sangat2 sebab orang depan kami tu, duk teragak2 nak beli wayang pukul brapa. Sabaq je la. Pantang betul lah orang yang time dah sampai giliran tu masih duk teragak2. hang tak boleh la pikiaq siap2 sebelum beli tiket tu. Keras aku kat situ menunggu. -.-'  Giliran aku memang la cepat dan pantas. haha. da la aku pun tak tau nak tengok cita apa. main amik Bujang Terlajak. tinggal seat depan skali. memang tak la nak pilih seat depan. aku n spupu aku amik seat blakang2. tapi sorang depan sorang belakang. memang da penuh. huhu

Ok. Lepas tu terus la usha2 Popular. ramai gila. aku ni memang pebret bookstore aku POPULAR. entah la. maybe sebab aku ni kalau ada member card, memang aku suka sangat la beli kat situ. MPH semua tu memang kurang la. 

RM50 tu memang aku saja nak belikan barang untuk anak sedara aku. CRAYON, COLOR PENSILS, COLORING BOOK. Untuk Sepupu aku, NOVEL. pastu balance aku beli pen utk aku. tp serius time tu tak tau nak beli apa dengan orang rmai. oh. lagi 1. NOTEPAD.

Comel kan? hehe.
Ok la. memang salah 1 faktor aku amik novel tu sebab kaler pink. hehe ^_^ disebabkan kedai pun tak bukak, memang tak dak la aku nak merayau.

Sementara tunggu kakak jemput
Ni yang malas pkai leopard print. ada ja sama. dah la corak ni jenis kalau sama memang sejibik tak dak kurang2 punya. ada pmpn 1 hall dgn aku pkai baju sama. aku punya la jalan lambat2 sebab tak mau la obvious sgt orang prasan. dia boleh pulak pulak terhegeh2 jalan lambat dgn bf dia. sepupu aku da confirm2 gelakkan aku. -.-'

Sepupu comel cun macam sepupu. kehkeh
Ini ja la gambar yg sempat snap. aku snap gambar dia, dia snap gambar aku. dah pi 2 orang ja. huhu

Sekian. 

notakakikukuku: RM50 terawal macam tak tau nak beli apa. RM150 lepas tu rasa skit gila. huhu

17 Feb 2012

FINALE..

Assalamualaikum..

Ni pasai mooting aritu. FINALE. tapi bukan aku dapat pun. haha
tapi sebab ni la waktu yang sama2 aku, farah n azira akn jd penguin, so harus la tunjuk muka2 awesome ktorg kat korang. (bila ada Farah and Azira, automatik pekat anak mami aku hilang. haha.)

Huhu. Tension betoi aku time haritu. Minggu tu memang minggu aku tidur mcm anak gajah. haha
maksud aku kalau letak bom kat tepi telinga pun confirm2 la aku tak sedar. ni memang tahap kritikal.
apatah lagi setakat alarm handphone lagu  Mr Saxobeat. huhu

Kalau takat lewat 30 minit tu aku rasa ok lagi. ni, smpai English session da nak habis baru aku bangun.nasib la belum kawen lagi. kalau tak, tak pasai2 kena bising dengan mak metua. 

haritu walaupun ktorg tak bertanding, tapi.... penat kot. 
malas la nak cerita pasai pa. Biarlah Rahsia-Siti Nurhaliza. hehehe

Layankan saja gambar2nya dong.. 

Nad frutti & Frafrutti ;p

Ain. Nad. Farah.

Kembar dikepala. hahaha. tadi tak. -.-'

<3

Banyak aku cakap sampai Azira buat muka. hehe

melenggang kangkong


Muka aku memang tak boleh blah. hahaha

Aku yg salah. tsk. sebab aku semua gambar nampak senget.

hehe

bodyguard Nad. hehe

Mem besar ;p

Bodyguard 1.

Bodyguard 2


Bodyguard 3.
SPOILER. tsk.
malas menulis. bye~

16 Feb 2012

Baucar Buku. RM150.

Assalamualaikum..

First of all, nak bagitau yg tite rase lege sangat. haha
ok. Alhamdulillah. Walaupun ada yg macam "eh. serious ni chapter apa ni?"
tp jawapan goreng tetap ku goreng. boleh macam tu? -.-'
Finally. habis jugak. derita oo... farah  n azira, gudluck korg! :)

Tapi kan, Tuhan ja tahu macam mana aku usaha. ni kira 1st time ni aku exam week kat penang tapi still mampu ulangkaji pelajaran. hehe. (tolak sehari tgk wayang, tiap petang jalan2 cari makan.)
tp yang paling penting, buku bukak n baca. bukan senang tau. huhu

Ni nk crita aritu excited nk guna voucher buku. Actually tu bukan misi utama. hahaha
lebih kepada reunion kecil-kecilan. ^__^
(supaya tak rasa besalah tak study boleh kuar jalan. so, akan cakap kat diri sendiri, "xpe2. kan kluar beli buku. bukan buang masa pun) hehehe

26/1/2012

Misi pertama, nak pi beli buku kat Popular paling besar kat Penang. *bangga. citt..
nasiblah pengalaman bersama yang tersayang untuk julung kalinya jejak kaki kat situ dulu memudahkan urusan kami mencari Popular. (maaf belah pulau memang tak mahir even aku memang la anak jati Pulau Pinang and termaktub dalam IC Hospital Bersalin Pulau Pinang.) haha.

Maybe sebab dibesarkan di darat (emmm... aku tak bermaksudkan yang org yang tinggal kat pulau tu tak duduk darat ya. LOL. ) so memang aku mahir jalan sini je la.

Bila sampai Komtar "eh. aku Popular tingkat brapa ni?" Sungguh ku tak sangka ropa2nya complicated gak Komtar yg aku rasa bulat tinggi tu. huhu. lepas dah lama cari, si Kekni call kak dia tanya. (Cis. penat ja cari. kalau dari awal2 dia tanya kan senang. huhu) lapar kot sbb time tu dalam kul 12 tengahari.

Sebelum sampai Komtar, nampak pulak KFC. Masing2 decide nak makan dulu. ok. Kita makan dulu.

 
Hana TajiYATT, Intan, Kekni, ehem2, Pel.
Semua order Krusher. tp, haishhhh.. nanti la cakap :(
Eh2. Kami pi bukan berempat. Tapi berlima. Si laki Pel pun ikut. So, sebab dia ja laki, memang jadi jurukamera ja la kan. haha. eh. aku tak cakap. Tapi bini dia sendiri cakap. haha

Lepas makan mula la cari buku kat Popular. Aritu pakat sms nk pi. Tapi pi beli, aku dgn Kekni ja beli. Ciss.. Semangat ja lebih lagi 2 orang tu.

Pastu nak pegi Gurney Plaza. Yahuu!!! *macam tak penah. eh. bukan tak penah ye kawan2. tapi, dah lama tak pi. kesian kan? hehe.

Tapi sebelum tuh, terimalah....
...
..
.

Fotogedix haruslah ada kehkeh

China Town. *tipu


<3


Tak pi pun Gurney. sbb tension jalan jam. haish. pastu ingat nk pi Queensbay. tapi laki Pel lak tersilap jalan so, memamg trus la kan pi Batu Feringghi. yeay!

Trun2 dah nampak ni...

Pel.
 Frust abg askar tak ada. Cuma tinggal lori abg askar sja. heuheuheu..



Sebab ni la i sayang Penang. :))

Orang perlu smpai plan2 nak cuti pulau. Aku? haha. Memang orang pulau. (dah macam aboriginal people dah. kehkeh)

Eh.. cantek nya orang pulau *perasan.

Pelakon ombak rindu 2. hahaha

Fotogedix..

Sekali tsunami datang. haish

Pengantin baru. tapi tak baru sgt lah.

KPOP Paddlepop Group ;p kahkahkah

Penutup. hehe


Muka dah macam org sakit dah. tetiba lak demam. huhu.

Lepastu bajet nk lepak Pantai Bersih pulak. tapi, disebabkan keadaan aku yang da mcm nazak, cancel.
Serious rasa besalah. huhuhu. Sebelum balik....

Makan time!

nama kedai: Lupa.. (ni makna aku tak ingat. bukan RESTORAN LUPA k) 
but not recommended.

Char hor fun.
Char Hor Fun kedai ni besaq gila pinggan.
patut la mahal gila. -.-'
Bihun Tomyam. (tapi xsampai lagi)
 Nasib kau la Pel. dapat paling lambat. haha. 

Char hor fun YATT n hot plate noddle INTAN.

Nasi goreng MAKTOK. haha
 Tapi memang betol pn nama dia. n aku tersangatlah tak faham kenapa perlu letak NASI GORENG MAKTOK. yg peliknya lagi 1 kedai depan kepada kedai ni, ada NASI GORENG NENEK. nama tak boleh blah. hahahaha

Finally, dpt jugak. hehe
Gambar aku memang tak kuasa mak nak letak. time ni kan demam da start merebak. bila aku check2 nak upload gmbar aku, sumpah aku tengok muka aku macam hidup segan, mati tak mahu. huhu

aku memang tak lalu makan sangat time tu. Order pun, teh o suam + garlic breads + mushroom soup
total RM7. rasa macam murah. tapi tgk la. kalau aku tak demam, banyak tu macam lekat celah gigi ja.

Inilah hasilnya.... RM150.15 haha. nasib baik tambah 15sen ja. hehe


Lagi RM50 dah guna beli benda lain. kenapa RM200. bagi la RM1000. HAHA. (ni jenis bagi betis nak paha. lol)