15 Jun 2012

Resepi Kek Baldu Merah (Red Velvet)

Assalamualaikum..

Seperti yg dijanjikan, hari ni, dengan rasa rendah dirinya, nak kongsi resepi kek baldu merah (omputihnya panggil Red Velvet)

Untuk yg amateur tu, boleh sangat2 follow resepi aku nih. sebabnya aku pn baru sangat2 belajar buat kek ni. tapi da tahap expert tau. sebab seminggu buat 4 kali. hahahaha. sampaikan dah jemu 1 rumah. bukan setakat rumah, tapi jiran2 tetangga pun dah jemu. erk... hari pertama, sedap sampai tak cukup. hari ke2, buatkan utk org. hari ke3 buatkan untuk besday yatt, n hari ke4 lagi skali buat utk rumah. mau dak xjemu??///

Actually, Red Velvet ni aku blajar kat Youtube.

 

 credit to Joy of Baking for this tutorial video :)

See?? nampak senangkan? memang senang pun. bagi aku, kalau teringin sangat nak makin, better buat sendiri. Sebabnya: senang je pun.murahhh, lagipun bukan senang nak cari kek ni. yang paling penting, hang makan la banyak mana yg hang nak. (lepas tu boleh cakap kat bf arini i buat red velvet dgn harapan bf bgtau bakal mak mertua. hahaha..)

Ok la. tak mau cakap banyak (walaupun memang dah cakap banyak). terus i nak kongsi resepi cupcake yg memang awesome hasil tangan aku yg awesome nih. hehe

Ni aku nak senangkan hampa la. so tak la teraba2 resepi sampai lunyai kertas. mau tak lunyai. sekali nak masuk bahan, tengok kertas. satgi nak buat apa lepas ni, tengok kertas. (macam aku lah tu. hehe)

Btw, ni aku da ubah2 dah resepi. so pndai2 hangpa la nak ikut ke tak. tak paksa. cuma berkongsi.
(aku terpaksa ubah banyak sebabkan bahan terhad plus mixer rosak time tu.)


BAHAN-BAHAN:
aku pakai ini. ni 227gm. kira halal lah even short lg 23gm. hehe
  • 250 gm mentega tanpa garam (omputih panggil unsalted butter) 
  • 2 cawan gula kastor (tapi aku guna gula icing sebab aku tak pakai mixer.)
  • 3 cawan serbuk tepung penaik
  • 1 sudu teh garam (tak letak pun tak apa)
  • 3 sudu makan serbuk koko Vochelle. (tak tau la kalau pakai brand lain ok ke tak. rumah aku memang selalu pakai serbuk koko brand ni. tapi mahal sikit if tak silap. janji sedap. makan tak baik berkira.)
  • 5 biji telur
  • 1 sudu makan cuka makanan
  • 1 sudu makan soda bikarbonate
  • 3-4 sudu makan pewarna merah (tak kisah serbuk atau cecair)
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu makan cuka makanan
 BAHAN-BAHAN UNTUK TOPPING:

  • 250 gm cream cheese
  • 3 sudu makan gula icing (ubah ikut citarasa. tapi jangan manis sangat.)
  • 1 sudu teh esen vanilla
aku pakai nih. masuk semua terus. (plastik pembalut jgn lupa bukak. hahaha)

CARA-CARA:

  1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati. Kemudian tambah telur satu persatu dan kacau sehingga kembang. Ketepikan. (Adunan A)
  2. Ayak tepung penaik, serbuk koko dan garam. Ketepikan. (Adunan B)
  3. Sediakan campuran buttermilk. (cara-cara : 1 cawan susu segar dicampur dengan 1 sudu makan cuka makanan. Biarkan selama 10 minit. Kemudian campurkan perwarna merah). Ketepikan. (Adunan C)
  4. Ambil Adunan A. Kemudian masukkan Adunan B berselang seli dengan Adunan C sedikit demi sedikit sehingga habis. Kacau sehingga sebati. Ketepikan.
  5. Kemudian campurkan soda bicarbonate bersama 1 sudu teh cuka makanan. Cepat2 masukan campuran soda dan cuka ke dalam campuran A, B dan C tadi. Kacau hingga sebati.
  6. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam cawan kek. 
  7. Bakar di dalam oven dengan suhu yg tidak terlalu panas. biar selama 40-45 minit.
  8. Keluarkan dari oven kemudian sejukkan sebelum hias dengan topping.
  9. Untuk topping, kacau cream cheese dan gula isi. tambah esen vanilla. kemudian siap untuk dijadikan topping cupcake tadi.
  10. Korban kan 1 cupcake anda. hehe. sebab nak ambil serdak2 kek tu untuk ditabur di atas topping tadi.
  11. Tadaaaa~ siap terhidang. :)))

Cantik x? hehe.

Sekian.

Notakakikukuku: saja guna cupcake sebab kalau buat sebijik kek terus, takut kebarangkalian kek tu tak naik. hahahahaha

No comments:

Post a Comment