21 Jun 2012

Resepi Pavlova

Assalamualaikum..

Seperti yang digemburkan dekat BFF semua, cuti semester lepas adalah hari rajin aku untuk cuba buat something yg memang aku mengidam, tapi susah nk jumpa la. em. actually ada 3 benda yg teringin nak makan tapi tak kesampaian. sebab hometown aku penang, campus aku melaka. so, benda2 yg rare mcm tu kat KL berlambak lah. ni aku nak cari cerok mana dah teringin sangat?

Cuti2 semester ni bagus jugak kan nak mengasah bakat yg dah lama terpendam nih? hehe. terima kasih utk ahli keluarga yg menyokong. tapi si buah hati je yg xsokong. kalau aku sebagai lelaki, aku pun xsokong sangat. sebabbbbbbbbbb... haha. sebab basic lauk pauk pun habis2 sambal tumis. so, kalau kawen nanti agak2 hari2 ke aku nak jamu sang suami dgn kek, biscuit, etc? -.-' kadang2 aku ni selalu gak fikir. mengkalu time kawen nanti, masak lauk pauk yg basic tu pun xlepas, agak2 mak mentua ok tak? haha. dengan mak sendiri boleh la tolak ansur kan. da la si buah hati mulut boleh tahan gak. nasib badan la. hehe

berbalik pada 3 benda yg teringin nak makan tu, ialah macaroon, red velvet and pavlova. btw yg red velvet tu, aku da penah makan kat umah Syla my ex-housemate time menumpang buat part time dekat The Curve dulu. tapi agak2 la pi rumah orang, aku ni kulit nipis (=tak malu. hehe) nak pi mintak banyak2. orang bagi 2 pun dah cukup. (dalam hati tuhan ja yg tahu. huhu). so, aku pun buat la sendiri mcm entry sebelum ni. Macaroon malas arh nak buat. aku tengok kat youtube cara nak buat tu, mcm complicated sangat. (kalau complicated sikit, aku boleh tolerate lagi). @.@

Ni aku memang betul2 buat sambil refer resepi asal, so memang aku tulis (actually copy paste. haha) sebijik resepi yg aku refer tu. Sampai lunyai kertas. maklum la. anak dara zaman skrg masuk dapur. hehe. (tapi memang betul arh aku tabik anak dara zaman dulu, masak pun main campak2 ja. kalau aku ni, perlu betul2 punya sukatan. tapi alhamdulillah setengah lauk pauk tu, aku da reti campak2. hehe). 

Di sini resepinya :)

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.? 

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova. 

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat. 

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.


credit to

tapi kan, bagi aku la kan, yg whipping cream tu susah la nak buat. ntah la. haha. so, next time rasanya kalau nak buat, better beli yg dah siap kot. harga bahan whipping cream yg dah siap compared with cost bahan org macam aku ni buat, mcm yg siap lebih murah. haha. (mau tak nya. 2 kali buat sebab tak jadi. hehe). 

bagi aku, yg jenis kuat semangat tu, boleh la try. mencabar jugak la bagi aku nak buat pavlova ni. stressed je time buat tu. malas nak cerita. kang lagi stress. huhu 

taraaaa.... ni la pavlova yg aku buat. cantik n nampak sedap kan? memang sedapp... (kembang hidung. hehe)

buku resepi di sebalik pavlova. haha

pandangan bila dipotong. yummy... ;p

ok la. itu ja untuk kali ni. bubyeeee~

notakakikukuku: lain kali nak try rainbow cake pulak :)

No comments:

Post a Comment