22 Jan 2012

.

There were many ways of breaking a heart.
Stories were full of hearts being broken by love,
but what really broke a heart was
taking away its dream-whatever that dream might be. 


16 Jan 2012

Pagi2 Buta Punya Cerita.

2.59 AM
17/1/2012

Assalamualaikum..

"tak jawab dosa. kalau jawab gatai."
(ni ayat yang paling aku nak lempang saja budak2 lelaki yang selalu guna ayat ni.)

bajet nak ngorat, (bukan aku tapi kawan aku. ) biasa la. kawan2 semua hot stufffs. susah oo kawan dengan orang2 hot stufff ni. terasa aku yang paling buruk. huehue

btw, banyak gila aku nak update. tapi rasanya aku nak postpone lepas habis exam. minggu depan budak2 college aku start study week/minggu untuk mengulangkaji pelajaran ya.. (sekadar mengingati diri sendiri. hahaha). sebab aku ni, memang la tak faham makna study week. muehehe.

Maklum la kawan2 aku kat Penang semua time2 aku study week minggu depan ni, depa tengah cuti sem. ayooo. halangan besaq ni. tau ja la. nanti mesej masuk "yan. jom kluaq.". ni aku lemah nih. tapi kali ni memang aku betoi2 berazam study week tetap study week.. (buku haruslah bawak balik. even terpaksa aku allocate half space untuk buku n lagi half utk tshirt, cardigan, sluaq jeans, etc. serius aku tak suka sebab aku jenis kalau boleh nak bawak balik 1 lemari baju tuh. ni nak kena jimat space pulak. lemah betoi.)

Walaupun ada prasaan kuat mengatakan "penat ja hang usung buku tapi hang tak baca pun.", tapi aku tetap nekad akan bawak balik buku sebanyak yang mampu. hehe. seriously dengan cara macam ni, kita tak kan rasa bersalah. at least balik bawak jugak buku. even sampai Melaka untuk exam week baru hang kalut nak bukak buku. -.-'

Aku harap iman aku kuat kali ni. aku akan stay umah saja untuk study. (lagi 1 halangan terbesaq. boleh terlupa pulak anak kakak aku si Danish ada. huhu. harap2 dia tak kacau aku study. ni kalau dia kacau nota aku ka, main conteng2 ka, memang aku nanges lah kan.)

Exceptions:

Sabtu 21/1/2012 - my BFFFFF Nurfadzillah punya kenduri. ni
wajib pi tolong. kalau takkkk, haish, jenuh nak pujuk. huhu)

----- --/--/---- - da janji dengan Kekni and Yatt nak pi sopping buku..
harap2 tangan aku ringan untuk mencapai buku2 ilmiah. rasa bersalah pulak guna duit kerajaan bagi untuk beli benda yg kerajaan tak suruh. hehe. baru ingat nak tukar voucher tu kepada cash. hahaha. tambah sikit lagi, da boleh beli handbag.o.O

*kali ni memang berazam kalau maksu ajak kuaq makan ka jalan2 ka, kakak aku ajak teman sopping ka, memang aku tak mau pi. sebab banyak lagi tak study ni. pastu dengan stress lagi. arghhh. nak pecah kepala otak mak. erk.

tadi kan ada sebut pasai voucher buku tu kan. hehe. nak crita ni, actually rasa excited pagi tadi nak pi amik voucher tu. hahahaha. Rasa macam orang mengantuk disorongkan bantal. dah la tengah2 tak dak duit ni. tapi kan best kalau kerajaan bagi budak2 universiti duit. aku rasa macam time nak pi amik tu mesti semua senyum sampai telinga. haha.

aku pun terfikir kenapa budak2 skolah dapat duit tapi budak universiti dapat voucher. -__- padahal budak universiti, pada pendapat aku lah, lebih memerlukan duit dari voucher. boleh buat duit makan so, ringan beban mak bapak. hehe. yeye je kan. padahal otak jahat aku ni (kadang2 je la) duk terpikiaq sopping complex. haha. ok. maybe sebab tu kot kerajaan bagi budak U voucher buku. sebab nanti matlamat kerajaan tak kesampaian. *macam bodoh je ayat aku ni. -.-' tapi budak skolah lagi tak reti guna duit. ntah2 habis kat topup ja. macam la aku tak tau kan (bukan dari pengalaman aku. tapi ada ja kawan2 aku yang dapat biasiswa depa guna duit tu beli handpon mahai2 la, topup la. nasib aku tak dapat. tak dak la aku jahat macam depan. kikiki. ayat dengki sebab tak dapat biasiswa.)

ok la. da 3.34 AM aku duk merepek kat sini. padahal dah tersenguk2. ni semua tutorial punya pasai la ni. huhu. (eh salahkan tutorial pulak. hehehe). kalau tak sebab aku bersengkang mata buat tutorial memang terbongkah dah time2 lagu ni. hehe. 

eh2. banyak tau aku nak update. Next week study week. tapi memang confirm2 tak kan update time tu sebab kena la manfaatkan sepenuh masa untuk belajaq kan. ye ye ja. bahaha. lepas tu, exam week. lagi la tak mungkin nak update time2 exam. kalau tak rasa bersalah seumur hidup bila result macam ngn &*$^($^. sabar2. lepas exam week, ops, memang nak bercuti sungguh2. :)) so, tunggu la time naik sem. ok. bai2.

Saya tinggalkan anda dengan gambar yang memang tengah tak sabar gila nak update. tunggu~ ;p


Assalamualaikum.

notakakikukuku: kalau boleh saya nak mintak tiap tahun kerajaan bagi voucher buku. hehe

5 Jan 2012

AMAGADDD...

Assalamualaikum..


hampa da tengok BIAR MIMPI SAMPAI KE BINTANG? :) ala. yg telefilem dekat ASTRO tuh? best kan? kan kan???




seriously like amagaddd ensem nya si Randy Pangalila ni.. tak percaya?
sexayyy... auw. haha
opppss. terletak gmbar sexayyy pulak.. try kita tengok gmbar lain pulak na.


*melting -.-'
Randyyy!!!! pasaipa ensem sangat nih? o.O


*melting lagi sekali -.-

ensemnya awk Randyyyyy! eh. untuk yang tak tengok lg, aku cop dulu! hehe. kalau da memang ensem hitam putih pun ensem kan kan? *gatai. (bkn ke dia da blakon banyak cerita? haha -,0)


ni post pasal Mimpi Biar Sampai ke Bintang ka pasai Randy Pangalila? tehee~ 


hampa tengok la cerita ni. best ooo. aku pun sebab website yang gosip2 artis duk cerita kata cerita ni best, aku pun download lah... tapi, memang bestt punnn.. tak rugi tau nak download. nak bagi kat hampa download link macam tak berani. sebab tu kan illegal.. tapi aku buat jugak. huahuahua. (gelak jahat)


pesanan terakhir, tengok jangan tak tengok. :) sekian.
Wabillahi taufiq wal hidayah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. ngehehe~


eh. lupa pulak.. crita ni Randy jadi hero. and heroin, Elfira Loy. kenal tak?




Elfira Loy

Rasanya dia ni belasan tahun lagi ni. sebaya dengan aku. hikhik Syoknya belakon dicintai lelaki setampan Randy.


Jalan cerita malas nak tulis. nanti tak surprise la kan? 

p/s: tapi bf i lagi ensem. (ayat nak selamat kalau bf jmpa blog picisan nih. hehe)


Bye~

1 Jan 2012

Gembira boleh?

Assalamualaikum..

Seronok sangat harini. :)))))
nanti la baru tulis kenapa. hehe.



Bye~

2012

Assalamualaikum..
ya.. orang berjaga malam sebab study. aku? @.@ berjaga sebab nak buat azam utk tahun 2012.

First of all, happy new year to everyone. :)) bestnya kawan2 balik jumpa family/bf/gf/makmertua/adikipar/kucing kesayangan/etc coz nk celebrate sama2. aku? haish. duk dalam bilik, lepak sorang2, bosan2 try impromtu depan cermin hahaha.. tu memang maksudnya xdak koja la tu ekau. pastu berdiri kt balcony sbb dengar bunyik firecrackers. excited kau nak tengok kn. tehee~

ok berbalik kepada azam. kalau ikutkan hati aku ni, malas aku nk buat azam2 nih. kalau buat manjang xjadik pun. over je lebih. orang buat azam tahun baru, aku pun nk buat.

tapi frankly speaking la, memang aku sure bukan aku sorang ja lagu(=macam/seperti) ni. berani kerat jarilah. ramai lagi macam ni kn? hikhik (gelak gedik). benda ni da jadi macam kebiasaan ja semua org ada azam masing2. so sebab tu la aku buat jugak.

di sini aku punya caca merba azam + wish list.. (wajib tulis sebab kot2 la ada yang sudi nk tolong aku penuhi wishlist ni kn? ^^^)

1. Lesen kereta

ok. Ni memang wajib. aku target hujung 2012 da dapat dah ni. hehe. ye la. kakak aku tu tak habes2 bising. tension aku. kadang2 aku sampai tak mau balik penang sebab kecik hati selalu kena marah bila asyik dia je kena hantar mak pi market. :'(

Lagi pun 2013 nak pi legal attachment. ni kalau tak dak jugak lesen ni mau kena maki hamun lagi. kang aku ni da la cepat touching. tak pasai2 satgi aku tak pi jugak. tau la kakak aku tu. mulut bukan main laser lagi tau. (tak pa. kakak aku reti facebook ja. dia tak baca benda2 macam ni.) ekekeke.

sebenarnya aku da ada L. tapi. wahahaha. expired. haha. melayang duit bapak aku. anda ragu2??
..
...
....
tadaaaaaa...

mukatakbolehnakinnocentlagika


2. Pointer tinggi

aku harap2 sangat 2012 ni membawa sinar harapan untuk aku. sebab overall 2011 memang macam tahun malang aku sikit la kan. tapi takpa. orang cakap orang yang selalu ditimpa musibah ni tuhan sayang kan? maklum la 2011 kehilangan adik kandung, bla bla bla.

pointer ohh pointer. aku tak berharap nak dean list. bagi sipi2 3.5 pn ok la. teringin sangat tau. sobs. sedih kot belajaq sungguh2 pastu pointer, alahai, nk tunjuk kat orang pun malu. -,-

takpa2. 2012 ni aku jangkakan tahun kebangkitan untuk aku. pergh.. haha. ;p


3. Tidak melengah-mengahkan solat

ni memang penyakit sikit aku ni. pemalas bukan main. kadang2(macam selalu ja -.-) malu jugak dgn tuhan. sebab pemalas tahap kalau boleh nk solat jamak & qasar macam ngn orang musafir tu. faham tak maksud yang aku cuba sampaikan ni? contoh zuhur & asar. misal kata asar masuk 4.15pm. perangai aku ni, 3.55 baru aku nk solat zuhur sebab sat lagi senang terus asar. tak payah nak berwuduk lagi. (tolong jangan ikut)

ni salah satu hadith pasal melewat2kan solat..
Dari Abdullah bin Mas'ud, mereka telah bertanya Nabi saw :-




. أي العمل أفضل ؟ قال : الصلاة على ميقاتها قلت : ثم أي ؟ قال : ثم بر الوالدين . قلت : ثم أي ؟ قال : الجهاد في سبيل الله


"Amalan manakah yang paling utama? Nabi saw menjawab : Bersolatlah pada waktunya. Aku berkata : kemudian apa? Nabi bersabda : berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa. Aku berkata : kemudian apa lagi?. Nabi bersabda : berjihad dijalan Allah" [Riwayat Bukhari, al-Jaami al-Sahih #2782]


Hadith diatas ini menjelaskan bahawa solat fardu hendaklah dilakukan pada waktu-waktunya. Ia menjadi makruh (menurut setengah2 ulama') apabila seseorang yang melewatkan solat itu meninggalkan solat berjemaah, dan boleh menjadi haram jika dia bersolat pada waktu-waktu yang diharamkan bersolat.
 haram=berdosa besar. ok. rasa macam kena print lekat tepi katil. baru takut sikit hukum tuhan kan. jenis macam aku ni liat kadang2 tu. so, rasanya macam kena tibai ngn rotan kot baru aku ikut. huhu. isk. kena ubah perangai ni. memang kena sangat2. --- (ada sapa2 nak tolong tibai aku? hehe)


3. Belajar menabung dekat ASB

eh. ASB ka BSN ntah. hehe. ok la. rasanya faham kan maksud dia? janji menabung. ni memang perlu ni. sebab nanti senang sikit masa depan. kot2 sesak2 sangat ka nak guna duit.

Sebab aku ni jenis sejak2 umur cecah 20an, rasa malu nak mintak duit mak bapak. hampa pun msti rasa macam tu kn? isk.. kena betul2.

Mana ek nak cari tabung yang kena pecahkan baru boleh amik duit tu? hehe. style manusia macam aku, kalau yang jenis duk boleh bukak tutup tu memang xjalan daa. hahaha

source: googlessss

ha.. ini dia. tabung ayam. ingat tak? hehe. excited tau nak tunjuk tabung ni. lama tak tengok kan. ingat lagi time kecik2 kalau birthday mesti jenis2 tabung mcm ni mesti ada sebagai hadiah. hehe. ada pisang, durian, belimbing.. tapi sekarang xtau la ada jual lagi ke tak? *bayangkan penuh tabung tu syiling RM1. hehe.

4. Handbag uollsss *yang ini nafsu

Ni nafsu punya pasai. mesti nak jugak. yang ni pandai pulak hang nak menabung kan? hehe.

Dulu2 teringin Coach. tapi ada orang ckp Coach xcantek. ada ka patut. huhu. rasanya orang tu cakap tak cantek sebab kn Coach banyak pattern mcm org tua2 skit. Coach Poppy cumel apa? tehee~

tapi selepas survey and hampir smua design ingat harga dia, (hampa tunjuk ja gambaq yg mana) so, lama2 macam rasa tak teringin pulak.. sebab banyak yg replika punya kat luar. boleh tengok budak2 belasan tahun galas Coach. berlambak. so, macam rugi la pulak kan. lebih baik beli yg kat uptown je. bukan orang tahu pun. hikhik.

So, da decide skrg ni im so in love with MOSCHINO. penah dengaq? even desktop background pn nk Moschino jugak. hehe. suka sangat sebab lain dari lain cikit la. biar orang cakap, eh apa? tak penah dengar pun. -.- ok fine. janji aku sorang je tahu n aku puas.. HAHAHA (ni gelak jahat. hehe)

Nak tengok? ^_^

amagad! pink yaw! nampak la girly sikit. hehehe

hitam ni memang cantek! kn2?
merah makngah ni memang cantekkk!
ok. ni lah keinginan nafsu serakah aku yang sebenarnya.. apa? macam Chanel Caviar Jumbo Bag kn? haha. memang tak mampu la nak beli Chanel.  tapi kawen nanti demand hantaran Chanel 1 boleh? Kalau tak Chanel,Gucci pun boleh la. hehe. *berangan

5. Jam Tangan:))

Tergugat iman dikelilingi orang2 yg memiliki jam tangan yg cantek2. pergh.ok. ni yang aku teringin la..

Paris Hilton.

eh2. i tak suka design dia sgt. tapi kenapa aku letak jugak gambar ni? sebabbbbbb aku suka yg dalam tu. ala. yang semak2 nampak macam complicated tuh. tapi aku tak tahu orang panggil apa. setakat ni tak jumpa lagi yang betul2 menarik hati. macam yg atas, buruk ja kn? oh. taknak2

Coach Chrono Ladies Watches
if tak dapat macam yg no 1 tu, dapat yg pattern chrono ni pn aku suka. Sebab aku rasa macam Wow sikit bila ada 3 jam kecik dalam jam besar tu. *da tak reti nak explain macam mana. tehee~ tapi yg jenis ade bulat2 dalam tu la aku suka. kalau boleh la..

:)))
ni memang suka sangat2. tapi kalau dapat menaikkan lemak dekat pergelangan tangan la. hahaha. sebab besar gedabak macam ni, kang tak padan dengan tangan aku nih. aku ni taste jam nak besar. tak sedar diri! next..

Paris Hilton lagik
yang penting aku ni suka jam tangan yang kemasan dia kaler gold. sama jugak macam handbag. silver, xminat sangat. maybe mata aku ni jenis tertarik pada kaler yg terang2 kot. erk. cam mna nak explain ni. silver lebih kurang putih, gold lebih kurang merah. so, merah sama dengan gold. hehe. macam emas putih n emas merah jugak. ni kalau aku kawen, memang tak nak aku emas putih.

Baby Phat by Kimora Lee Simpsons
Ni rasanya yang paling sesuai dengan aku kot. price standard jam Paris Hilton. So, memang kena la dengan bajet aku kan. hehe. sebab Guess and Coach standard price RM500++. Baby Phat and Paris Hilton RM500--. HAHAHA.

Tapi kan, yg ni kira saja la nak jadikn wishlist jugak. sebab pertama, aku ni jenis careless. aritu jam aku baru je tak sampai setahun, aku da cicirkan. so memang sangat rugi bagi aku jam mahal2 bila perangai aku macam ni -.- sebab kedua, jam skrg yang aku pakai ni, Mak Chaq aku yang hadiahkan. (utk pengetahuan anda, Mak Chaq ni aku sayang sama level dengan mak aku. mau tak sayang. dari kecik hingga besar aku tidur ngn dia. mesti lah aku sayang. and dia lah tempat aku meluahkan perasaan. )


setakat ni je la. azam and wishlist banyak2 tapi at the end habuk pun tak dak. so, memang aku letak 5 ja la. kalau 5 ni pun aku tak jamin boleh capai, apatah lagi aku letak 10. kn? hehe.

Anda pulak bagaimana? ;p