1 Jan 2012

2012

Assalamualaikum..
ya.. orang berjaga malam sebab study. aku? @.@ berjaga sebab nak buat azam utk tahun 2012.

First of all, happy new year to everyone. :)) bestnya kawan2 balik jumpa family/bf/gf/makmertua/adikipar/kucing kesayangan/etc coz nk celebrate sama2. aku? haish. duk dalam bilik, lepak sorang2, bosan2 try impromtu depan cermin hahaha.. tu memang maksudnya xdak koja la tu ekau. pastu berdiri kt balcony sbb dengar bunyik firecrackers. excited kau nak tengok kn. tehee~

ok berbalik kepada azam. kalau ikutkan hati aku ni, malas aku nk buat azam2 nih. kalau buat manjang xjadik pun. over je lebih. orang buat azam tahun baru, aku pun nk buat.

tapi frankly speaking la, memang aku sure bukan aku sorang ja lagu(=macam/seperti) ni. berani kerat jarilah. ramai lagi macam ni kn? hikhik (gelak gedik). benda ni da jadi macam kebiasaan ja semua org ada azam masing2. so sebab tu la aku buat jugak.

di sini aku punya caca merba azam + wish list.. (wajib tulis sebab kot2 la ada yang sudi nk tolong aku penuhi wishlist ni kn? ^^^)

1. Lesen kereta

ok. Ni memang wajib. aku target hujung 2012 da dapat dah ni. hehe. ye la. kakak aku tu tak habes2 bising. tension aku. kadang2 aku sampai tak mau balik penang sebab kecik hati selalu kena marah bila asyik dia je kena hantar mak pi market. :'(

Lagi pun 2013 nak pi legal attachment. ni kalau tak dak jugak lesen ni mau kena maki hamun lagi. kang aku ni da la cepat touching. tak pasai2 satgi aku tak pi jugak. tau la kakak aku tu. mulut bukan main laser lagi tau. (tak pa. kakak aku reti facebook ja. dia tak baca benda2 macam ni.) ekekeke.

sebenarnya aku da ada L. tapi. wahahaha. expired. haha. melayang duit bapak aku. anda ragu2??
..
...
....
tadaaaaaa...

mukatakbolehnakinnocentlagika


2. Pointer tinggi

aku harap2 sangat 2012 ni membawa sinar harapan untuk aku. sebab overall 2011 memang macam tahun malang aku sikit la kan. tapi takpa. orang cakap orang yang selalu ditimpa musibah ni tuhan sayang kan? maklum la 2011 kehilangan adik kandung, bla bla bla.

pointer ohh pointer. aku tak berharap nak dean list. bagi sipi2 3.5 pn ok la. teringin sangat tau. sobs. sedih kot belajaq sungguh2 pastu pointer, alahai, nk tunjuk kat orang pun malu. -,-

takpa2. 2012 ni aku jangkakan tahun kebangkitan untuk aku. pergh.. haha. ;p


3. Tidak melengah-mengahkan solat

ni memang penyakit sikit aku ni. pemalas bukan main. kadang2(macam selalu ja -.-) malu jugak dgn tuhan. sebab pemalas tahap kalau boleh nk solat jamak & qasar macam ngn orang musafir tu. faham tak maksud yang aku cuba sampaikan ni? contoh zuhur & asar. misal kata asar masuk 4.15pm. perangai aku ni, 3.55 baru aku nk solat zuhur sebab sat lagi senang terus asar. tak payah nak berwuduk lagi. (tolong jangan ikut)

ni salah satu hadith pasal melewat2kan solat..
Dari Abdullah bin Mas'ud, mereka telah bertanya Nabi saw :-




. أي العمل أفضل ؟ قال : الصلاة على ميقاتها قلت : ثم أي ؟ قال : ثم بر الوالدين . قلت : ثم أي ؟ قال : الجهاد في سبيل الله


"Amalan manakah yang paling utama? Nabi saw menjawab : Bersolatlah pada waktunya. Aku berkata : kemudian apa? Nabi bersabda : berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa. Aku berkata : kemudian apa lagi?. Nabi bersabda : berjihad dijalan Allah" [Riwayat Bukhari, al-Jaami al-Sahih #2782]


Hadith diatas ini menjelaskan bahawa solat fardu hendaklah dilakukan pada waktu-waktunya. Ia menjadi makruh (menurut setengah2 ulama') apabila seseorang yang melewatkan solat itu meninggalkan solat berjemaah, dan boleh menjadi haram jika dia bersolat pada waktu-waktu yang diharamkan bersolat.
 haram=berdosa besar. ok. rasa macam kena print lekat tepi katil. baru takut sikit hukum tuhan kan. jenis macam aku ni liat kadang2 tu. so, rasanya macam kena tibai ngn rotan kot baru aku ikut. huhu. isk. kena ubah perangai ni. memang kena sangat2. --- (ada sapa2 nak tolong tibai aku? hehe)


3. Belajar menabung dekat ASB

eh. ASB ka BSN ntah. hehe. ok la. rasanya faham kan maksud dia? janji menabung. ni memang perlu ni. sebab nanti senang sikit masa depan. kot2 sesak2 sangat ka nak guna duit.

Sebab aku ni jenis sejak2 umur cecah 20an, rasa malu nak mintak duit mak bapak. hampa pun msti rasa macam tu kn? isk.. kena betul2.

Mana ek nak cari tabung yang kena pecahkan baru boleh amik duit tu? hehe. style manusia macam aku, kalau yang jenis duk boleh bukak tutup tu memang xjalan daa. hahaha

source: googlessss

ha.. ini dia. tabung ayam. ingat tak? hehe. excited tau nak tunjuk tabung ni. lama tak tengok kan. ingat lagi time kecik2 kalau birthday mesti jenis2 tabung mcm ni mesti ada sebagai hadiah. hehe. ada pisang, durian, belimbing.. tapi sekarang xtau la ada jual lagi ke tak? *bayangkan penuh tabung tu syiling RM1. hehe.

4. Handbag uollsss *yang ini nafsu

Ni nafsu punya pasai. mesti nak jugak. yang ni pandai pulak hang nak menabung kan? hehe.

Dulu2 teringin Coach. tapi ada orang ckp Coach xcantek. ada ka patut. huhu. rasanya orang tu cakap tak cantek sebab kn Coach banyak pattern mcm org tua2 skit. Coach Poppy cumel apa? tehee~

tapi selepas survey and hampir smua design ingat harga dia, (hampa tunjuk ja gambaq yg mana) so, lama2 macam rasa tak teringin pulak.. sebab banyak yg replika punya kat luar. boleh tengok budak2 belasan tahun galas Coach. berlambak. so, macam rugi la pulak kan. lebih baik beli yg kat uptown je. bukan orang tahu pun. hikhik.

So, da decide skrg ni im so in love with MOSCHINO. penah dengaq? even desktop background pn nk Moschino jugak. hehe. suka sangat sebab lain dari lain cikit la. biar orang cakap, eh apa? tak penah dengar pun. -.- ok fine. janji aku sorang je tahu n aku puas.. HAHAHA (ni gelak jahat. hehe)

Nak tengok? ^_^

amagad! pink yaw! nampak la girly sikit. hehehe

hitam ni memang cantek! kn2?
merah makngah ni memang cantekkk!
ok. ni lah keinginan nafsu serakah aku yang sebenarnya.. apa? macam Chanel Caviar Jumbo Bag kn? haha. memang tak mampu la nak beli Chanel.  tapi kawen nanti demand hantaran Chanel 1 boleh? Kalau tak Chanel,Gucci pun boleh la. hehe. *berangan

5. Jam Tangan:))

Tergugat iman dikelilingi orang2 yg memiliki jam tangan yg cantek2. pergh.ok. ni yang aku teringin la..

Paris Hilton.

eh2. i tak suka design dia sgt. tapi kenapa aku letak jugak gambar ni? sebabbbbbb aku suka yg dalam tu. ala. yang semak2 nampak macam complicated tuh. tapi aku tak tahu orang panggil apa. setakat ni tak jumpa lagi yang betul2 menarik hati. macam yg atas, buruk ja kn? oh. taknak2

Coach Chrono Ladies Watches
if tak dapat macam yg no 1 tu, dapat yg pattern chrono ni pn aku suka. Sebab aku rasa macam Wow sikit bila ada 3 jam kecik dalam jam besar tu. *da tak reti nak explain macam mana. tehee~ tapi yg jenis ade bulat2 dalam tu la aku suka. kalau boleh la..

:)))
ni memang suka sangat2. tapi kalau dapat menaikkan lemak dekat pergelangan tangan la. hahaha. sebab besar gedabak macam ni, kang tak padan dengan tangan aku nih. aku ni taste jam nak besar. tak sedar diri! next..

Paris Hilton lagik
yang penting aku ni suka jam tangan yang kemasan dia kaler gold. sama jugak macam handbag. silver, xminat sangat. maybe mata aku ni jenis tertarik pada kaler yg terang2 kot. erk. cam mna nak explain ni. silver lebih kurang putih, gold lebih kurang merah. so, merah sama dengan gold. hehe. macam emas putih n emas merah jugak. ni kalau aku kawen, memang tak nak aku emas putih.

Baby Phat by Kimora Lee Simpsons
Ni rasanya yang paling sesuai dengan aku kot. price standard jam Paris Hilton. So, memang kena la dengan bajet aku kan. hehe. sebab Guess and Coach standard price RM500++. Baby Phat and Paris Hilton RM500--. HAHAHA.

Tapi kan, yg ni kira saja la nak jadikn wishlist jugak. sebab pertama, aku ni jenis careless. aritu jam aku baru je tak sampai setahun, aku da cicirkan. so memang sangat rugi bagi aku jam mahal2 bila perangai aku macam ni -.- sebab kedua, jam skrg yang aku pakai ni, Mak Chaq aku yang hadiahkan. (utk pengetahuan anda, Mak Chaq ni aku sayang sama level dengan mak aku. mau tak sayang. dari kecik hingga besar aku tidur ngn dia. mesti lah aku sayang. and dia lah tempat aku meluahkan perasaan. )


setakat ni je la. azam and wishlist banyak2 tapi at the end habuk pun tak dak. so, memang aku letak 5 ja la. kalau 5 ni pun aku tak jamin boleh capai, apatah lagi aku letak 10. kn? hehe.

Anda pulak bagaimana? ;p






    No comments:

    Post a Comment