6 May 2012

Exam Week.

Assalamualaikum.

Sekarang baru faham kenapa Fara and Azira jarang update. kehkeh. Dulu time tak ada blog kepochi suruh depa selalu update sebab I nak baca. Rasa macam nak update senang ja taip lelaju mcm sekarang pastu terus update. hah. Time tu dalam hati 'ni kalau aku ada blog aku hari-hari nak update'. dulu la.. Sekarang memang aku rasa malas gila. 

Kadang-kadang tu bila banyak nak tulis, then end up with nothing. Haha. Yela. Banyak sangat rasa macam nak upload semua gambaq dalam laptop. Ada sapa-sapa rasa macam ni? atau aku sorang ja yang macam ni? hehe

Ok. takmau intro panjang-panjang. Tapi, dah tertulis. -.-' ok la ok la. Sebenarnya nak update pasal kehidupan sekarang ni aja pun.

Btw, masa berlalu dengan begitu pantas. Baru start sem, tengok-tengok sekarang ni da exam week. (ok cepat-cepat ambik buku supaya rasa tak bersalah. tapi update blog, kau tak rasa bersalah? sila lempang. haha)

Kita nak cakap ni, kita demam tau minggu ni. huhu. Ini serius ok!!! Bukan apa bf selalu cakap 'u ni asal gaduh dengan I je demam.' haha. hello bf. ini lah taktik minta belas kasihan. haha. so lame. kahkah. 



Kalau ikutkan hati yang takut doktor ni, malas arh nak pi klinik. tapi kan tapi kan, kan I da cakap minggu exam. So, nanti kalau tak sihat macam mana nak study? ok. Dengan semangat exam, niat yang suci murni supaya result sem ni dapat menggembirakan hati mak bapak, gagahkan jugak jalan kaki pi klinik. Boleh tahan jauh la. (bagi aku yang pemalas nk jalan nih) haha.Tapi kan, sebab lain kan, sebab ulser kat anak tekak. huih. sakit habaq hang. Ni nak telan air liur pun dah perit macam makan kaca. (cuma mengagak. tak penah try lagi kaca.) haha.

Berbalik kepada paragraph 4, ye kawan-kawan masa berlalu memang begitu pantas. tak lama lagi dah dapat jumpa kesayangan 2 orang yang tengah legal attachment kat Ampang and Muar. yeay! kepada Azira and Farah disayangi, I rindu gila kat u olls. Akhirnya, berjaya jugak lalui sem ni as alone ranger. haha. 

Saya tinggalkan anda dengan gambar bajet cun. kehkeh. Bye.

 Eh2. Doakan saya A atau paling busuk B+ untuk semester ini. Exam akan bermula jumaat ini dan berakhir selasa minggu dpt. 2 papers aje. Sem pendek kot. (takut orang cakap eleh amik 2 papers je.) eh2. selidik dulu. huhu

No comments:

Post a Comment